TAJUK: TAHAP KESEDIAAN GURU SAINS DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari
aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi
maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran
sains di dalam bilik darjah. Satu set soal selidik yang terdiri
daripada tiga bahagian digunakan sebagai instrumen kajian.
Sampel kajian terdiri daripada 223 orang guru yang mengajar
sains di 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang
Terdapat di Daerah Hulu Langat, Selangor. Data yang diperolehi
telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian
komputer melalui program SPSS Version7.5. Statistik yang
digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi,
skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi
melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikanan p <>
aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi
maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran
sains di dalam bilik darjah. Satu set soal selidik yang terdiri
daripada tiga bahagian digunakan sebagai instrumen kajian.
Sampel kajian terdiri daripada 223 orang guru yang mengajar
sains di 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang
Terdapat di Daerah Hulu Langat, Selangor. Data yang diperolehi
telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian
komputer melalui program SPSS Version7.5. Statistik yang
digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi,
skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi
melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikanan p <>
ULASAN: NOOR LAILA KASMAWATI BINTI MUHAMMAD ZAIN (202149)
BalasPadamPenggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah amatlah sesuai di amalkan di Malaysia. Ini bersesuaian dengan kehendak masa kini pelajar yang semakin mahir menggunakan aplikasi teknologi maklumat berasaskan komputer dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, jika teknologi maklumat berasaskan komputer di implemenkan semasa proses P & P terutamanya dalam matapelajaran sains, maka ini akan lebih menarik minat pelajar untuk menerokai dunia sains.
Cuma kini kekangan utama yang ada ialah kesediaan guru-guru sains terutamanya guru-guru yang lama untuk menggunakan aplikasi baru ini dalam proses P & P. Ini kerana sememangnya masih ramai guru-guru di Malaysia masih kelu dengan penggunaan komputer. Kekangan kedua ialah dari segi infrastruktur dan prasarana yang tidak mencukupi di sekolah-sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat berteraskan komputer.
ULASAN DARI ZURIAH ZAKARIA(202092)
BalasPadamTAJUK:TAHAP KESEDIAAN GURU SAINS DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASAKAN KOMPUTER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Ulasan artikel ini mengenai tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasakan komputer dalam proses P&P. Dalam
ULASAN DARI ZURIAH ZAKARIA(202092)
BalasPadamTAJUK:TAHAP KESEDIAAN GURU SAINS DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASAKAN KOMPUTER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Ulasan artikel ini mengenai tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasakan komputer dalam proses P&P.Kesediaan guru merupakan salah satu elemen
penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri
dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan
penggunaan teknologi yang baru. Sekiranya guru tidak bersedia, maka segala program
yang akan dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang melibatkan teknologi
baru seperti pelaksanaan sekolah bestari dan English for Teaching Mathematic and
Science (Etems) tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan.Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains.Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran.Selain itu,sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Tetapi dalam keghairahan penggunaan IT dalam P&P terdapat juga masalah yang timbul antaranya guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media komputer.Masalah seterusnya seperti alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.Talian internet di sekolah kurang memuaskan.Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran.Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran.Di samping itu,kekangan masa yang disebabkan tugas yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.Oleh yang demikian,penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya mereka ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan metematik. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
akum...
BalasPadampada pandangan saya penggunaan it dalam pendidikan sememangnya amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. oleh itu pelajar yang kurang cenderung untuk belajar akan tertarik sekiranya corak pembelajaran yang berteraskan komputer terutamanya pelajar2 yang berada di luar bandar.ini adalah kerana pelajar2 tersebut kurang pendedahan terhadap penggunaan komputer di rumah.
Komen;
BalasPadamPada pandangan saya, penggunaan teknologi
maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah adalah wajar dan perlu ditingkatkan lagi dari segi perlaksanaannya. Seperti yang kita semua sedia maklum, penggunaan komputer pada zaman sekarang adalah sangat meluas. Adalah menjadi satu kerugian besar sekiranya kita sebagai guru kurang mengaplikasikannya dalam penajaran dan pembelajaran. Sungguhpun begitu,tahap pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer bagi guru- guru matapelajaran sains ini adalah sederhana, tapi ianya adalah wajar dilaksanakan kerana perlu mengikut arus serta tahap pembelajaran semasa.
SALAM CG.SUZANA...
BalasPadamPd pendapat saya tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi muklumat perlu dipertingkatkan lg.
Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi
satu keperluan dalam usaha memantapkan bidang pendidikan selaras dengan arus semasa di alaf yang
mencabar ini. Teknologi sebegini harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjanakan suatu output
yang dapat digunakan untuk kebaikan bersama. Melalui multimedia yang interaktif, suasana pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan penggunaan elemen multimedia seperti teks, audio,
video, grafik dan animasi yang melibatkan kesemua kepekaan manusia. Justeru itu, pelbagai pendekatan
atau teori pendidikan harus diimplementasikan dalam perisian multimedia secara berkesan untuk
memastikan perisian yang dihasilkan itu mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
Oleh itu, sama2 lah kita celik IT bg membantu meningkatkan mutu P&P kita.
Assalamualaikum...Sobahalkhair..Pada pandangan saya bagi guru yang mengajar mata pelajaran sains mestilah mampu menguasai teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses P&P mereka.Kesediaan ini merupakan eleman penting untuk membantu para pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan keadaan pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan penggunaan teknologi baru.
BalasPadamAssalamualaikum...Sobahalkhair....Pada pandangan saya,bagi guru yang mengajar mata pelajaran sains mestilah mampu menguasai teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses P&P mereka.Kesediaan ini merupakan eleman penting untuk membantu para pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan penggunaan teknologi baru.Terima kasih.
BalasPadamsalam...
BalasPadamselari dengan zaman ICT yang semakin hari semakin canggih ini, saya amat bersetuju penglibatan guru dalam penggunaan ICT semasa proses P&P. Ini dapat membuka mata para guru agar tidak ketinggalan zaman. Di samping dapat menarik minat para pelajar supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi pembelajaran terutama mata pelajaran yang sukar dan dianggap membosankan. Para guru harus terdedah dengan teknologi terkini .
ICT mampu membuat pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik. Lebih-lebih lagi CD ABM pelajaran sains cukup banyak dipasaran dan bahan-bahan di internet.
BalasPadam