Jumaat, 12 Februari 2010

ISU JANTINA DALAM PENDIDIKAN

Pada 2004, wakil Program Pembangunan PBB (UNDP) Dr. Richard Leete menyatakan bahawa kedudukan Malaysia dalam indeks jantina UNDP tidak “setinggi yang seharusnya”. Ucapan sebenarnya ialah

"I don't know Malaysia's present ranking (in the UNDP's gender index) offhand but I know it is not as high as it should be because of this unusual problem. Boys are dropping out of secondary and tertiary education, with females outnumbering the males with a high margin".

Terjemahan bahasa Melayu

“Saya tidak tahu kedudukan terkini Malaysia (dalam indeks jantina UNDP) tanpa difikirkan tetapi ia bukanlah setinggi yang seharusnya disebabkan masalah luar biasa ini. Lelaki jebolan di pendidikan menengah dan tertiari, dengan bilangan perempuan jauh lebih tinggi daripada bilangan lelaki."

Leete seolah-olah mengindikasikan bahawa ini adalah keadaan unik Malaysia.

Akan tetapi, bekas Menteri Pendidikan Tinggi Shafie Salleh menjawab bahawa “Ia berlaku di negara lain jua. Itu fenomena global.” Dia turut menggunakan statistik bahawa bagi sesi 2004, pengambilan lelaki di semua politeknik Malaysia berada pada 34,324 berbanding 24,601 untuk perempuan. Bagi pengambilan di 34 buah kolej komuniti pula 5,041 merupakan lelaki dan 3,010 adalah perempuan. Shafie berkata daripada 45,856 tempat diberi kepada IPTA 15,796 diberi kepada lelaki dan 30,060 kepada perempuan. Di hampir kesemua negara maju, lelaki dan perempuan yang memasuki universiti adalah pada nisbah yang sama. Jadi, nisbah 2:1 adalah luar biasa apabila dibandingkan dalam konteks global. Politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti di Malaysia bukanlah institusi yang menghasilkan ijazah dan tiada antaranya yang mempunyai program lepas graduan. Kebanyakannya adalah institusi vokasional atau teknikal. Ketidakseimbangan ini dibetulkan setelah masing-masing jantina meninggalkan sistem pendidikan. Profesor Asosiasi di Universiti Utara Malaysia, Nik Kamariah Nik Mat dan Puan Filzah Md Isa menyatakan bahawa “Hanya lebik kurang peratus wanita yang bekerja di pangkat pentadbiran dan profesional di negara ini.”

Isnin, 25 Januari 2010

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum....

Jurnal Pilihan saya

URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/46/E/JT46EJUN3.pdf

TAJUK: TAHAP KESEDIAAN GURU SAINS DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SINOPSIS
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari
aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi
maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran
sains di dalam bilik darjah. Satu set soal selidik yang terdiri
daripada tiga bahagian digunakan sebagai instrumen kajian.
Sampel kajian terdiri daripada 223 orang guru yang mengajar
sains di 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang
Terdapat di Daerah Hulu Langat, Selangor. Data yang diperolehi
telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian
komputer melalui program SPSS Version7.5. Statistik yang
digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi,
skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi
melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikanan p <>